Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MIRI, 5 Dis -- Pekerja pembersihan melakukan kerja-kerja sanitasi di Pusat Penamaan Calon N.73 Piasau bagi Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) ke- 12 di Kompleks Islam Sarawak hari ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh ketika sidang media pada 25 November lalu mengumumkan, tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak ditetapkan pada 6 Disember ini (esok). -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ribut petir diramal hari penamaan calon PRN Ke-12 Sarawak

KUCHING, 6 Dis : Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa tempat di Sarawak dilanda ribut petir pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 hari ini.

Menerusi laman sesawang MetMalaysia semalam, hujan dijangka berlaku di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman negeri pada pagi manakala ribut petir dijangka berlaku di satu atau dua tempat pada petang.

Selain itu, hujan diramalkan berlaku di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman di sebelah malam. 

Sejumlah 82 pusat penamaan calon dibuka di seluruh negeri bermula pukul 9 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN Sarawak pada 18 Dis manakala pengundian awal pada 14 Dis. 

Dalam pada itu, SPR menerusi laman sesawang rasminya semalam mencadangkan masa bagi setiap pengundi untuk keluar mengundi untuk mengawal jumlah pengundi yang datang ke pusat mengundi dalam satu-satu masa.

SPR memaklumkan pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian melalui aplikasi mySPR Semak atau di portal Semakan Daftar Pemilih SPR.

“Peringkat waktu yang digalakkan adalah 7.30 pagi hingga 9.30 pagi, 9.30 pagi hingga 11.30 pagi, 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari, 1.30 tengah hari hingga 3.30 petang dan 3.30 petang hingga 5 petang,” menurut laman sesawang itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan