Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

#PRN12Sarawak: RASMI satu lawan satu di DUN Pantai Damai

ByJessica Chung

KUCHING, 6 Dis : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai menyaksikan pertembungan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini selepas penamaan calon selesai kira – kira pukul 10. 30 pagi tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pantai Damai , Awang Yusup Awang Mostapha berkata,  selepas tempoh penyerahan borang, Suruhanraya Pilihan Raya (SPR) menerima dan mengesahkan dua calon layak bertanding pada PRN Ke-12 Sarawak ini.

Katanya, tidak ada calon yang ditolak kertas pencalonan untuk bertanding.

Mengikut urutan dalam kertas undi pertembungan kali ini melibatkan calon GPS ialah Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mahmud Sabli.

Sementara itu , Dr. Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menggerakkan jenteranya untuk berkempen dan pendekatan yang digunakan adalah secara “gentlemen” kepada rakyat.

“Saya sudah maklumkan kepada petugas kita untuk sentiasa ‘gentleman’ semasa berkempen dan saya berharap kita dapat mengulangi kejayaan seperti yang telah kita tempuh pada masa yang lalu”, katanya selepas proses penamaaan calon selesai.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh mengundi bagi PRN Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan