Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

#PRN12Sarawak: RASMI Pertarungan empat calon di DUN Baleh

BySteward Dawi

KUCHING, 6 Dis : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh akan menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini selepas penamaan calon selesai kira – kira pukul 10 pagi tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Baleh , Robert Liman berkata,  selepas tempoh penyerahan borang, Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) menerima dan mengesahkan empat calon layak bertanding pada PRN kali ini.

Katanya, tidak ada calon ditolak kertas pencalonan mereka.

Mengikut urutan dalam kertas undi pertembungan kali ini melibatkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Nicholas Kudi Anak Jantai yang akan menentang wakil DAP, Kenneth Usang George serta calon dari Parti Bumi Kenyalang (PBK),Irwan Surkarno Layau Abdullah.

Calon pada kedudukan terakhir ialah Koh Anak Kumbong yang bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Pada PRN Ke-11 lalu, mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing berjaya mempertahankan DUN Baleh untuk penggal kelapan berturut -turut selepas menumpaskan Agop Anak Linsong iaitu dengan majoriti 4,843 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan