Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

#PRN12Sarawak: Rasmi pertandingan empat penjuru di Asajaya

ASAJAYA, 6 Dis : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya akan menyaksikan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Sejurus proses bantahan selesai, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Asajaya, Rais Ahmad mengesahkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima empat borang pencalonan untuk kerusi berkenaan.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga penyandang di senarai pertama diikuti calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mahmud Epah.

Dua lagi calon yang turut disahkan ialah dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Ishak Buji dan Mohamad Mahdeen Saharuddin dari Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Pada PRN Ke-11 11 yang lalu, gabungan empat parti iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang kini membentuk GPS menang kerusi berkenaan menerusi Abdul Karim yang mendapat 6,163 undi menewaskan pencabar tunggal dari PKR, Abang Junaidi Abang Gom yang sekadar meraih 2,805 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan