Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

#PRN12Sarawak: RASMI Fatimah menentang Salleh di Dalat

ByAkma Salleh

MUKAH, 6 DIS: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat menyaksikan persaingan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak kali ini.

Nama kedua – dua calon bertanding iaitu Dato Seri Fatimah Abdullah yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Salleh Mahali dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dalat, Kueh Leo Poh sekitar jam 10 pagi tadi.

Menurutnya, beliau telah menyemak semua kertas penamaan dan berpuas hati dengan borang yang diserahkan oleh kedua – dua calon di Dewan Masyarakat Dalat pagi ini.

” Saya berpuas hati selepas menyemak kertas-kertas penamaan calon yang mana tiada calon yang ditolak,” katanya.

Pada PRN Ke-11, Fatimah menang dengan majoriti 6,033 undi menewaskan wakil PKR ketika itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan