Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

#PRN12Sarawak: RASMI Empat calon disahkan bertanding di Demak Laut

ByIsma Haziq

KUCHING, 6 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni bakal berdepan pertembungan empat penjuru dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), PAN dan calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Pegawai Pilihan Raya DUN Demak Laut, Mackos Sibong mengesahkan kesemua empat calon itu layak bertanding selepas penyerahan borang selesai kira – kira pukul 10 pagi tadi.

Terdahulu, Dr Hazland Abg Hipni tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg, Dewan Toh Puan Hajah Masniah, Petra Jaya kira-kira jam 8.44 pagi.

Calon daripada PSB, Yatikah Jelani tiba pada pukul 9.05 pagi dan diikuti calon PAN , Mohd. Zen Peli,lima minit kemudian.

Sementara itu, calon Bebas iaitu Khairul Ahmat menjadi calon terawal tiba pada pukul 8.40 pagi tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan