Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN Ke-12 Sarawak , RASMI 349 calon bertanding, empat penjuru di 33 DUN

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 6 Dis : Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak yang bermula hari ini menyaksikan 349 calon layak bertanding dengan pertandingan empat penjuru tercetus di 33 buah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi , Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pertandingan dua penjuru berlaku di empat buah DUN, tiga penjuru di 13 buah DUN dan empat penjuru di 33 DUN.

” Selain itu, pertandingan lima penjuru berlaku di 24 DUN , enam penjuru di tujuh DUN dan hanya satu DUN menyaksikan lapan calon bertanding sesama sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai proses penamaan calon PRN Ke-12 Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar di sini hari ini .

Katanya , berdasarkan jumlah kesemua calon yang disahkan layak bertanding, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan calon paling ramai iaitu 82 orang di kesemua DUN.

“Parti Bumi Kenyalang dengan 73 calon, Parti Sarawak Bersatu (70), Parti Keadilan Rakyat (28), Parti Tindakan Demokratik (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (15), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (11), Parti Amanah Negara (8), Parti Sedar Rakyat Sarawak (5), Parti Islam SeMalaysia (1) dan 30 orang calon bebas,” katanya.

Terdahulu, proses penamaan calon yang bermula 7.30 pagi berlangsung dalam suasana norma baharu tanpa perarakan penyokong parti politik ke pusat penamaan.

Kesemua 82 pusat penamaan calon bagi PRN ditutup 10 pagi tadi.

Beliau berkata, tiada calon yang bergejala atau menjadi kontak rapat COVID-19 dan kesemuanya berjaya menyerahkan borang penamaan mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Mengulas mengenai calon yang gagal hari ini, Abdul Ghani berkata, terdapat dua kertas pencalonan telah ditolak iaitu embabitkan calon PBK di DUN Jemoreng kerana penyokongnya telah menarik diri.

” Seorang calon bebas di DUN Senadin turut ditolak keranan pencadang dan penyokongnya bukan pemilih berdaftar bagi kawasan itu,” katanya.

Mengenai peratusan calon mengikut jantina, pula, Abdul Ghani berkata, seramai 304 orang calon merupakan lelaki manakala baki 45 wanita bertanding kali ini.

” Bagi pecahan mengikut usia, seramai lapan calon muda berusia 21 hingga 29 tahun tersenarai,” katanya.

Beliau memberitahu, seramai 37 calon berusia 30 hingga 39 tahun, 50 calon berusia 40 hingga 49 tahun dan seramai 113 calon berusia antara 50 hingga 59 tahun.

Dalam sidang media sama, Abdul Ghani juga mengumumkan tempoh rasmi berkempen telah bermula dan akan berakhir pada 11.59 malam, 17 Disember ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan