KAPIT , 6 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nicholas Kudi Anak Jantai Maseng tiba di pusat penamaan calon Dewan Kejora, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit No 2 di sini kira – kira pukul 8 pagi.
Nicholas Kudi yang berpakaian baju burung berwarna merah ditemani Jack Anak Sibat sebagai penyokong dan Bakat Anak Gira sebagai pencadang sebelum masuk untuk menyerahkan borang pencalonan.
Terdahulu, calon DAP, Kenneth Usang George paling awal tiba kira-kira pukul 7.14 minit pagi tadi.
Suasana di pusat penamaan calon di sini tenang dengan kawalan pihak polis selain pematuhan prosuder operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Suruhanjaya Jaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkuasa berkaitan. -TVS