Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
GEDONG, 6 Dis -- Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kanan) berdepan pertandingan empat penjuru bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke -12, hari ini. Tiga calon lain (dari kanan) calon Parti Amanah Negara (Amanah) Kamal Bujang, Mohamad Sofian Fariz Sharbini Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Tomson Marcus Ango Parti Bumi Kenyalang (PBK). -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA GEDONG, Dec 6 -- Gabungan Parti Sarawak (GPS) candidate Tan Sri Abang Johari Tun Openg (second, right) facing a four -cornered fight for the Gedong State Assembly (DUN) in the 12th Sarawak State Election today. The three candidates are (from right) Kamal Bujang for Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sofian Fariz Sharbini for Parti Sarawak Bersatu (PSB) and Tomson Marcus Ango for Parti Bumi Kenyalang (PBK). --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

PRN Ke-12 Sarawak: GPS umum manifesto 8 Disember – Abang Johari

GEDONG, 6 Dis : Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan melancarkan manifesto penuh mereka pada 8 Disember ini.

Pengerusinya , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara perkara yang akan ditampilkan dalam tawaran manifesto berkenaan termasuklah jaminan bahawa GPS akan memastikan setiap janjinya akan dilaksanakan sebaik mungkin.

Ujar Abang Johari, setakat ini apa yang telah dijanjikan pada PRN Ke-11 telah ditunaikan oleh gabungan itu yang mentadbir negeri ini.

” Walaupun ada yang menyatakan manisfesto ini bukan kitab suci tetapi bagi kita, manisfesto adalah satu perjanjian yang harus dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas proses penamaan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong yang berlangsung di Dewan Masyarakat Gedong padi tadi.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Sarawak dapat memainkan peranan masing-masing dalam menentukan masa depan negeri ini di bawah kerajaan yang stabil.

” Ini telah dibuktikan oleh kepimpinan GPS ,” katanya.

Abang Johari yang bertanding di DUN Gedong kali ini terlibat dalam pertembungan empat penjuru menentang wakil -wakil yang ditampilkan oleh Parti Sarawak Bersatu (PSB) , Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan PAN.

Sebelum ini, karier politik Abang Johari berakar umbi di Satok apabila beliau telah mempertahankan kerusi DUN berkenaan selama sembilan penggal berturut – turut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan