Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

#PRN12Sarawak: DUN Asajaya dijangka pertandingan empat penjuru

ByNur Suhaida Muliyono

ASAJAYA, 6 Dis: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah tiba di pusat penamaan calon (PPC) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hajjah Laila Taib di sini kira-kira pukul 8.54 pagi.

Abdul Karim yang kelihatan segak mengenakan pakaian bermotifkan pua kumbu yang juga merupakan simbolik batik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diiringi pencadang, Oton Bujang dan penyokong, Buang Bolhassan.

Beliau sempat menunduk tanda hormat, menyapa calon lawannya yang duduk di ruang menunggu calon-calon.

Terdahulu, calon-calon pencabar dari Parti Bumi Kenyalang (PBK), Mohamad Mahdeen Saharuddin, Ishak Buji dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Mahmud Epah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di pusat penamaaan calon sedikit awal,

Suasana di pusat penamaan calon di sini tenang dengan kawalan pihak penguasa bertugas termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang baik.

Aliran trafik dari pintu masuk PPC juga lancar dengan kawalan pihak penguasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan