Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

#PRN12Sarawak: RASMI, Lima calon berentap di DUN Beting Maro

ByKhairil Zharif Affindie

BETING MARO, 6 Dis : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro menyaksikan pertandingan lima penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini selepas proses penamaan calon selesai kira – kira pukul 11 pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan lima calon yang tampil layak bertanding.

Mereka terdiri daripada Razaili Gapor yang membawa cabaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar Abang Zulkifl Abang Engkeh untuk mencabar dominasi GPS di sini.

Tidak lagi calon ialah Jackie Chiew (Parti Bumi Kenyalang (PBK) , calon Bebas, Saifudin Matsah sementara Pas menampilkan Mohamad Arifriazul Paijo.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke – 11 yang lepas , Razaili berjaya menewaskan wakil Pas, Abang Ahmad Kerdee dengan majoriti 1,707 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan