Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Borneo Jazz

SOP PRN Ke-12 Sarawak bersifat holistik – Abdul Karim

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 5 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menerima baik prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri ke-12 Sarawak yang dikemaskini hari ini.

Abdul Karim berkata, SOP berkenaan bersifat holistik dan tidak menyebelahi mana – mana pihak.

” Saya percaya SOP yang ditetapkan untuk PRN Ke-12 Sarawak ini akan adil, jadi tiada alasan untuk pihak pembangkang ataupun mengatakan GPS diberi kelonggaran tetapi mereka tidak menikmatinya,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas SOP yang dikemaskini SPR menerusi laman sesawangnya hari ini.

SPR antaranya tidak membenarkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan berkempen sepanjang tempoh PRN Ke-12 Sarawak kecuali lima pemimpin tertinggi parti politik yang bertanding.

SPR turut memaklumkan kemasukan ke Sarawak adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa dan dihadkan kepada aktiviti yang diluluskan dalam permohonan melalui portal enterSarawak.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, SOP yang telah ditetapkan dengan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) adalah adil untuk kerajaan dan pembangkang.

“Justeru, kesemua individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam PRN12 perlu mematuhi SOP berkenaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan