Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MUKAH, 4 Dis -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) hadir pada Majlis Perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah, Sarawak hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kerajaan menerusi MAVCOM akan laksana rasionalisasi RAS di Sabah dan Sarawak

MUKAH, 5 Dis : Kerajaan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan melaksanakan rasionalisasi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) Di Sabah dan Sarawak yang disediakan MASwings.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah sebagai salah satu usaha kerajaan bagi memastikan kemudahan ini dapat dinikmati penduduk kawasan luar bandar, pada tahap yang terbaik.

“Bagi menambah baik perkhidmatan RAS oleh MASwings ini , kerajaan melalui MAVCOM akan mengkaji semula objektif penerbangan RAS, kadar tambang yang dikenakan, pesawat yang digunapakai dan mekanisme pemberian subsidi kepada pengguna perkhidmatan ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah semalam yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Pengangkutan , Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato Hanry Sum Agong.

Untuk rekod, pada 4 Januari 2019, satu perjanjian baharu iaitu Public Service Obligation For Rural Air Services Agreement PSO for RAS telah ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat penerbangan MASwings bagi meneruskan penyediaan perkhidmatan RAS ini sehingga 2024.

Berdasarkan perjanjian itu, MASwings akan menyediakan perkhidmatan bagi 40 laluan mulai dari Sarawak dan Sabah dengan menggunakan pesawat ATR72 dan Twin Otter viking.

Bagi laluan di Mukah, MASwings menyediakan empat perkhidmatan penerbangan menggunakan pesawat Twin Otter iaitu laluan Kuching-Mukah dengan kekerapan 28 penerbangan seminggu.

Manakala Miri-Mukah dengan kekerapan tujuh penerbangan seminggu, Sibu-Mukah dengan kekerapan tiga penerbangan seminggu dan Bintulu-Mukah dengan kekerapan dua penerbangan seminggu.

Justeru kata Ismail Sabri, pembangunan lapangan terbang ini bukan sahaja merupakan satu pencapaian hebat dalam bidang kejuruteraan bahkan mengukuhkan lagi pencapaian Malaysia dalam sektor pengangkutan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan