Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Pasukan skuasy negara yang berjaya meraih tempat pertama bagi kategori wanita dan lelaki pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Skuasy berpasukan Asia, Malaysia sapu bersih kejuaraan

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 4 Dis : Pasukan skuasy negara berjaya muncul juara kategori lelaki dan wanita pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia yang berakhir petang tadi.

Hari gemilang Malaysia dimulakan dengan pasukan wanita menewaskan juara bertahan, Hong Kong dengan keputusan 2-1 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

Skuad lelaki kemudiannya turut menceriakan kem negara apabila menewaskan India , juga dengan keputusan 2-1.

Pasukan wanita negara yang juga juara sembilan kali bermula dengan meyakinkan apabila Rachel Arnold yang mengenepikan Liu Tsz Ling 11-6, 8-11, 11-7, 11-2.

Begitupun, Hong Kong tidak mahu mengaku kalah lebih awal apabila Ho Tze Lok bangkit menyamakan kedudukan dengan menewaskan Nor Ainaa Amani Apandi dalam perlawanan empat set, 8-11, 6-11, 11-6 dan 9-11.

Juara baharu Terbuka Malaysia 2021 Aifa Azman sekali lagi membuktikan kejaguhannya apabila memberi mata kemenangan kepada pasukan negara dengan menewaskan Tong Tsz Wing 11-4, 11-3 dan 11-6.

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Pemain skuasy negara Aifa Azman (kiri) beraksi ketika menentang pemain dari Hong Kong Ho Tze Lok dalam kategori wanita berkumpulan pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini.??Pasukan squash negara berjaya menumpaskan Hong Kong 2-1.??–fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dalam saingan lelaki, pemain sedang meningkat naik,  Ng Eain Yow merintis laluan kejuaraan dengan menyumbang mata pertama sesudah membenam cabaran Saurav Ghosal 12-10, 11-4 dan 11-8.

Kemenangan pasukan lelaki sedikit tertangguh apabila pemain muda, Mohammad Syafiq Kamal tewas kepada Mahesh Mangaonkar dengan keputusan 9-11, 7-11, 8-11.

Juara sah menjadi milik Malaysia selepas Ivan Yuen mempamerkan prestasi menakjubkan dalam set keempat dengan menewaskan Ramit Tandon 11-1 , biarpun menerima tentangan dalam tiga set awal dengan skor 11-8, 8-11 dan 11-3. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan