KUALA LUMPUR, 4 Dis :Â Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Sabaruddin Chik meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), malam ini.
Allahyarham yang akan menyambut ulang tahun ke-80 pada 11 Dis ini, menghembuskan nafas terakhir pada 7.45 malam.
Pembantu Khasnya Datuk Zamri Mohamed yang mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak Ahad lepas selepas dijangkiti COVID-19.