Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pembinaan Lapangan Terbang Baharu Mukah buka peluang ekonomi – PM

MUKAH, 4 DIS: Pembinaan Lapangan Terbang baharu Mukah akan merancakkan peluang ekonomi yang dapat memberi impak berganda dan berangkai kepada penduduk di Mukah serta keluarga Malaysia secara amnya.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengangkutan udara yang efisien, menepati waktu, selamat dan boleh dipercayai akan menjadi faktor utama pemacuan ekonomi dan sosial di Sabah dan Sarawak dengan mengambilkira keadaan geografinya.

“Tambahan pula lapangan terbang ini bakal menyediakan sokongan bagi aktiviti-aktiviti di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang bakal mewujudkan jaringan ekonomi yang lebih efektif dan efisyen kelak,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah pada Sabtu.

Sementara itu, menurut Ismail di bawah program Rancangan Malaysia Ke-12, Kerajaan telah meluluskan projek menaik taraf Sistem Pengurusan Trafik Udara dengan nilai keseluruhan projek sebanyak RM19.4 juta

“Projek permodenan ruang pengurusan udara Kuala Lumpur berjaya disiapkan dengan pelancaran kompleks Kuala Lumpur Air Traffic Control Center (KL ATCC) pada 1 Disember yang lalu manakala projek permodenan peralatan di ruang udara Kota Kinabalu yang merangkumi negeri Sabah dan Sarawak dijadual siap pada 10 Disember 2021.

“Projek permodenan peralatan ruang udara di Sabah dan Sarawak merangkumi penggantian peralatan radar, navigasi dan komunikasi radio beserta dengan penggantian sistem automasi pengawal trafik udara yang canggih dan terkini,” tambahnya lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan