Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lapangan Terbang Baharu Mukah pembangunan yang dinantikan-KM

MUKAH, 4 DIS: Sejajar dengan aspirasi menjadi negeri paling maju menjelang 2030, Sarawak kini giat mengorak langkah dengan membina sebuah lagi Lapangan Terbang Baharu di Mukah bagi menggantikan (STOLport) sebelum ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, lapangan terbang ini merupakan salah satu pembangunan yang dinanti- nantikan oleh masyarakat di Mukah.

“Dalam pembangunan sosioekonomi yang sedang berlaku di kawasan pertengahan Sarawak khasnya dan kawasan sekitar Mukah amnya, bangunan ini sudah lama menjadi impian masyarakat Mukah dan sekitarnya yang mana boleh membawa pelancong datang ke Mukah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah pada Sabtu.

Sehubungan itu, Abang Johari juga menekankan bahawa Kerajaan Sarawak sudah mempunyai pelan induk untuk membangunkan sosioekonomi berteraskan pendidikan, pelancongan dan tarikan di kawasan Mukah.

Katanya, Mukah merupakan salah satu pusat kemajuan bagi Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

“Seperti mana kita tahu ini adalah kawasan RECODA dan Mukah adalah satu daripada pusat kemajuan di kawasan RECODA dimana kerajaan negeri telah mempunyai ‘master plan’ bagi mengembangkan sosioekonomi di Mukah berteraskan kepada pendidikan, pelancongan dan apa yang menarik di Mukah termasuk makanannya,” katanya lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan