Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

John Ilus sedia pertahan kerusi DUN Bukit Semuja bagi penggal kedua

SERIAN, 4 Dis: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja, John Ilus menyatakan kesediaan beliau untuk mempertahankan DUN tersebut untuk penggal kedua dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak pada 18 Disember nanti. 

Menurut Ilus, pihaknya telah membuat persediaan bagi menghadapi cabaran penting ini sejak setahun yang lalu. 

“Kami telah mengadakan program-program persediaan PRN12 sejak tahun yang lepas.

“Anggota-anggota parti khususnya telah dikerahkan di rumah-rumah panjang untuk sedia mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang akan diguna pakai semasa berkempen nanti,,” katanya ketika ditemui pemberita TVS di sini baru-baru ini. 

Tambahnya, pihaknya juga akan melibatkan penglibatan aktif belia melalui program-program yang akan dijalankan. 

“Secara amnya, kami juga bersedia untuk membabitkan penglibatan golongan muda dalam menghadapi pilihan raya kali ini,” katanya. 

Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan barisan 82 calon GPS yang akan bertanding bagi PRN12 kali ini. 

Ilus, 59, telah memenangi kerusi DUN N23 Bukit Semuja pada kali pertama ia dipertandingkan pada PRN11, sejak persempadanan semula DUN tersebut dibuat pada tahun 2015. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan