Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 28 Nov -- Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tengah) mengetuai bacaan lafaz ikrar pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PH berbeza manifesto, kepentingan mereka berlainan – Alexander Nanta

Oleh Daryll Law, Firdaus Ismail, Haris Zainuddin, Nur Shuhaida Muliyono, Febbright James, Zaid Alek

KUCHING, 3 Dis : Gabungan Parti Sarawak (GPS) berpandangan manifesto berbeza yang bakal ditampilkan oleh tiga parti di bawah ‘panji’ Pakatan Harapan menunjukkan mereka mempunyai kepentingan yang berbeza.

Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini berbeza dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang membentuk GPS dan senada dalam soal manifesto.

“Mereka parti yang bukan berakar umbi di Sarawak, jadi kepentingan mereka mungkin berlainan antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Penyerahan Watikah Calon GPS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak, Dominique Ng berkata, manifesto berbeza antara parti dalam PH pada PRN Ke-12 Sarawak ini tidak menjadi masalah dan isu bagi mereka.

Difahamkan DAP mempunyai manifestonya sendiri malah ketiga -tiga parti termasuk PAN akan menggunakan logo masing – masing.

Mengulas lanjut, Alexander Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, ini berbeza dengan GPS yang mempunyai satu jiwa dan satu nada.

” Sudah jelas mereka (PH) sangat tak seharuan dan berbeza dengan kita (GPS) yang berkongsi tekad memperjuangkan Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai persefahaman di kalangan empat parti komponen GPS, Alexander Nanta berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan kata sepakat yang dicapai dalam manifesto termasuk soal alam sekitar dan memperhebatkan pembangunan luar bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan