Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 3 Dis -- Reaksi Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) pada sidang media selepas mengumumkan nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako di Petra Jaya, hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Calon muda dan muka baharu, GPS tunaikan janji – Abang Johari

Oleh Daryll Law, Firdaus Ismail, Haris Zainuddin, Nur Shuhaida Muliyono, Febbright James, Zaid Alek

KUCHING, 3 Dis : Gabungan Parti Sarawak (GPS) menunaikan janji untuk mempertaruhkan calon muda serta muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, berdasarkan penyerahan watikah kepada calon – calon hari ini, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai contoh telah meletakkan sekurang – kurangnya lapan calon muka baharu dalam PRN Ke-12 Sarawak ini.

” Senarai muka baharu ada yang berumur 30, calon baharu wanita yang berumur 32 atau 33 tahun. Inilah GPS, apabila kita bercakap, kita laksanakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas majlis berkenaan di Ibu Pejabat, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako di sini hari ini.

Abang Johari berkata, walaupun menampilkan ramai calon baharu dan masih muda, namun itu bukanlah kekurangan kerana kesemua mereka akan dilatih oleh pemimpin – pemimpin berpengalaman dalam gabungan itu supaya memahami politik Sarawak.

” Sudah tentu mereka (calon muda) mempunyai cara mereka tersendiri. Kita letakkan orang muda yang mempunyai latar belakang dan profesion yang berlainan yang dipilih sebagai calon,” katanya.

Antara calon muda yang ditampilkan termasuklah Azizul Annuar Adenan, 30 , untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, Dayang Noorazah Awang Sohor, 32, (DUN Lingga) dan Allan Siden Gramong , 35 , bagi kerusi DUN Machan.

Ketika ditanya mengenai calon baharu pula, Abang Johari secara bergurau mengatakan beliau ‘hilang kiraan’ jumlah sebenar calon muka baharu yang dipilih, yang membawa masuk bahawa gabungan itu memberi peluang kepada ramai orang baharu kali ini.

Bagaimanapun dengan nada yang serius katanya , GPS menampilkan 24 calon muka baharu secara keseluruhan.

Berhubung pembahagian kerusi di kalangan empat parti komponen di bawah GPS, Abang Johari bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci.

“GPS sebagai satu pasukan, satu parti. Ini kali pertama kami (bertanding dalam pilihan raya negeri sebagai) GPS,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan