Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan kejayaan Bonnie meraih emas pada temasya Paralimpik Tokyo 2020. Foto Bernama.

Bonnie Bunyau muncul juara dunia lagi

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 3 Dis : Atlet paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi muncul juara dunia pada Kejohanan Angkat Berat Para Dunia di Tbilisi, Georgia sebentar tadi.

Atlet kelahiran Sarawak itu mengharumkan nama negara selepas melakukan angkatan seberat 210 kilogram (kg) sekaligus menewaskan wakil China, Hu Peng yang meraih perak.

Atlet Mesir, Ibrahim Shaaban pula membawa pulang pingat gangsa.

Sebelum ini, pada temasya Paralimpik Tokyo, Bonnie Bunyau meraih pingat emas pertama negara dalam acara 72 kilogram (kg) powerlifting selepas melakukan angkatan seberat 228kg yang merupakan rekod baharu temasya itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan