Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 28 Nov -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan gimik Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Abang Johari ke Gedong, Ibrahim Baki muka baharu di Satok ?

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 3 Dis : Tiga jam menjelang pengumuman rasmi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak , Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dikatakan hampir pasti akan bertanding di kawasan baharu.

Menurut sumber, Abang Johari akan ‘beralih’ ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong.

Sebelum ini, beliau merupakan penyandang kerusi DUN Satok selama sembilan penggal berturut – turut dengan mempertahankan kerusi itu menerusi majoriti 5,045 undi pada PRN Ke-11 lalu.

” Sehubungan itu, Ahli Majlis Tertinggi , Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Ibrahim Baki dikaitkan sebagai calon GPS baharu di kerusi Satok,” kata sumber berkenaan.

GPS akan menyerahkan watikah perlantikan rasmi kepada kesemua 82 calonnya pada majlis di ibu pejabat PBB di Jalan Bako, pukul 3.30 petang ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan