Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Undi 18 diwartakan 1 Disember – SPR

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 2 Dis : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung dengan pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan pada 1 Disember 2021.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia dirujuk sebagai P.U.(B) 615/2021 yang akan berkuat kuasa pada 15 Disember 2021 setelah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

” SPR juga ingin memaklumkan bahawa pindaan kepada perundangan subsidiari berkaitan pilihan raya iaitu Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)(Pindaan) 2021 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2021 telah diwartakan pada 30 November 2021 sebagai P.U.(A) 433/2021 dan P.U.(A) 434/2021 .

Ia akan berkuat kuasa pada 15 Disember 2021 setelah mendapat perkenan daripada Seri Paduka berdasarkan Seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Katanya, sehubungan itu SPR akan membentangkan kedua-dua pindaan peraturan-peraturan tersebut dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas (2021) dalam masa terdekat. -TVS

Tags: #undi18, SPR

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan