Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Saya bukan wakil rakyat bermusim – Dr. Annuar Rapaee

ByLuqman Muhammad

SIBU, 2 Dis : Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr. Annuar Rapaee menegaskan khidmat yang diberikan oleh beliau kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka adalah secara berterusan.

Dr. Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan berkata, beliau bukanlah pemimpin yang ‘muncul’ ketika musim Pilihan Raya Negeri (PRN) semata – mata.

“Oleh sebab itu, kita jangan terpengaruh dengan agenda politik luar yang hanya tunjuk muka ketika musim mengundi sahaja. Mereka ini mempunyai agenda peribadi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Usahawan Sibu di sini hari ini.

Menurut Dr. Annuar yang penyandang kerusi DUN berkenaan, sekiranya terus diberi peluang untuk menjadi calon di kawasan itu, beliau memberi jaminan untuk terus menyalurkan bantuan di bawah kerajaan stabil yang ditadbir oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Katanya, antara yang akan diberi tumpuan ialah pembangunan belia di sini yang menurutnya mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu namun memerlukan bantuan lanjut untuk berkembang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan