Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pasar Tani Apau Koyan lubuk rezeki penduduk Bakun

BELAGA, 2 Dis : Kewujudan Pasar Tani Apau Koyan di pekan ini menjadi lubuk rezeki buat masyarakat di Penempatan Semula Bakun (BRS) yang menjual pelbagai hasil hutan dan pertanian di situ.

Tinjauan TVS di pasar ini mendapati, aktiviti berdagang kembali normal setelah prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilonggarkan.

Salah seorang penduduk yang berdagang di pasar berkenaan ialah Ping Luhat, 63, dari Uma Nyaving.

Ketika ‘ditegur’ wakil TVS, Ping berkata, dia sudah empat tahun berniaga sayur -sayuran di situ.

” Antara sayur yang sering dicari pelanggan termasuklah terung asam, kangkung dan sawi. Walaupun pendapatan tidak seberapa, namun hasil jualan cukup untuk menampung keperluan berbelanja saya,” katanya.

Selain itu, tinjauan mendapati pasar ini juga ‘terkenal’ dengan jualan ikan sungai.

Binci Jan, 48 , berkata, dia berpuas hati apabila tangkapan ikan sungainya sering ditunggu oleh pengunjung pasar berkenaan.

” Bagaimanapun proses untuk tangkap ikan ini tidak mudah. Saya mengambil masa selama lima jam mendayung perahu ke Long Lawen dan Long Jawe pada pukul 5 petang hampir setiap hari untuk memasang pukat” katanya.

Esoknya jelas Binci, seawal pukul 7 pagi, dia sudah perlu berada di kawasan itu untuk melihat ikan -ikan sungai yang ‘lekat’ pada pukat dipasangnya.

” Biasanya ikan yang didapati terdiri daripada ikan Baung, Labang, Semah dan kalau bernasih baik, ikan Empurau juga akan terperangkap dalam pukat saya,” katanya.

Bagi Bulan Supen, 65 , yang mempunyai bakat menganyam tudung saji turut menjadikan Pasar Tani Apau Koyan sebagai tempat mencari rezeki.

Katanya, dia juga mendapat tempahan dari pelanggan di pekan Belaga, Miri malahan ada yang datang dari Kuching untuk membeli hasil tangannya.

” Tudung saji yang saya jual bermula pada harga RM60 kerana corak anyaman agak rumit dan memerlukan masa serta ketelitian,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan