Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mi ikan Labang , hidangan istimewa ‘ikan mahal’ Belaga

ByConnie Grace

BELAGA, 1 Dis : Sebut sahaja mi Ikan Labang, bagi mereka yang pernah menikmati hidangan istimewa di pekan ini, pastinya akan terbayang rasa isinya yang manis dan tebal.

Pemilik restoran yang menyajikan hidangan berkenaan, Chin Lian Jin berkata, sebenarnya Ikan Labang juga merupakan antara spesies ikan termahal di Sarawak selain Empurau.

Ujarnya , ini kerana harga pasaran ikan ini mampu mencecah sekitar RM100 hingga RM200 bagi satu kilogram (kg).

Menceritakan lebih lanjut mengenai proses menghasilkan mi Ikan Labang ini, Lian Jin berkata, ia ‘tidak mudah’.

” Sebenarnya amat sukar untuk menangkap ikan ini kerana habitatnya di bahagian hulu sungai.

Ikan ini juga tidak suka berada di kawasan air tasik yang keroh sebaliknya menjadikan kawasan sungai yang mempunyai air bersih dan berbatu sebagai tempat tinggalnya,” katanya kepada TVS di sini hari ini.

Diajak bercerita dengan ‘prestasi’ perniagaannya pula, Lian Jin berkata, berikutan pandemik COVID-19 , ia turut mengubah corak perniagaannya.

” Jika dahulu meriah dengan suasana pelanggan beratur panjang untuk menikmati makanan yang saya jual, sekarang agak berkurangan. Namun demikian, saya masih menerima tempahan walaupun memendekkan masa operasi,” katanya.

Ujar peniaga berkenaan, ketika ini dia hanya beroperasi bermula pada pukul 6 pagi sehingga 12 tengah hari kerana masih ‘takut’ risiko penularan COVID-19.

” Saya turut mematuhi prosuder operasi standard (SOP) apabila hanya membenarkan pelanggan yang sudah lengkap divaksin sahaja masuk ke kedai,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan