Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jalan Jiwa Murni sambungkan penduduk Belaga dengan bandar sekitar

ByConnie Grace

BELAGA, 1 Dis : Projek pembinaan Jalan Mejawah (Jalan Jiwa Murni) ke Belaga yang siap telah memberi kelegaan kepada penduduk di kawasan ini.

Tinjauan TVS di sekitar pekan ini mendapati, antara yang berpuas hati dengan perkembangan ini ialah golongan peniaga.

Pengurus Restoran Syarikat Al Bima, Dayang Ratna Sari berkata, setelah jalan berkenaan siap, ia telah memudahkannya untuk berulang alik ke Bintulu atau Sibu bagi membeli barangan basah untuk kegunaan kedainya.

” Sebelum ini, kami menggunakan Jalan Jayong sebagai perhubungan utama , sekarang jalan ini yang dipanggil Jalan Jiwa Murni siap dan memudahkan penduduk untuk bergerak,” katanya.

Sementara itu, bagi Pengurus Mesra Murni, Awang Nazmi Awang Sani, sebelum ini, dia tidak kerap keluar ke Bintulu disebabkan keadaan jalan yang kurang memuaskan.

” Jika dahulu mungkin sekali dalam tempoh dua bulan saya akan keluar tetapi sekarang saya boleh ke Bintulu atau bandar lain yang terdekat tanpa mengira masa sekiranya keadaan memerlukan,” katanya.

Awang Nazmi berkata, sebelum ini keadaan Jalan Jayong yang digunakan kurang memuaskan dan berisiko sekiranya hari hujan.

” Sekarang ini keadaan jalan sudah elok dan selesa, senang untuk saya sebagai perniaga keluar untuk mendapatkan stok jualan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan