Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

GPS kekalkan Dr. Annuar Rapaee di DUN Nangka

ByLuqman Muhammad

SIBU, 2 Dis : Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka akan mengekalkan Dr. Annuar Rapaee sebagai calon mereka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika memberikan bayangan berkenaan berkata, ini kerana Dr. Annuar berkeupayaan untuk terus membawa pembangunan yang berterusan kepada masyarakat di Sibu.

” Saya sahkan beliau (Dr. Annuar) akan terus menjadi wakil (calon GPS) di sini,” katanya ketika berucap merasmikan Program Usahawan Sibu di sini hari ini.

Sehubungan itu, Abang Johari berharap agar pemimpin berkenaan terus berusaha untuk menyumbang bakti kepada penduduk di sini.

Pada PRN Ke-11 Sarawak, Dr. Annuar menang besar di situ dalam pertandingan tiga penjuru apabila memperolehi 9,617 undi sekaligus menewaskan wakil PKR, Abdul Raafidin Majidi (2,000 undi ) dan wakil STAR, Siomon Tiong yang sekadar meraih 733 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan