Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg giving speech to party members at the official launch of the Gabungan Parti Sarawak coalition in Kuching. ZULAZHAR SHEBLEE / THE STAR

GPS umum calon PRN Ke-12 esok

KUCHING, 2 Dis : Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan kesemua calonnya yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak esok , sehari lebih awal berbanding perancangan awal.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka akan hadir untuk majlis penyampaian watikah pelantikan kepada semua calon di Ibu Pejabat , Parti Parti Pesaka Bersatu (PBB)di Jalan Bako pada pukul 3. 30 petang.

Sebelum ini, GPS yang terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) menetapkan 4 Disember sebagai tarikh pengumuman senarai penuh mereka, iaitu dua hari sebelum penamaan calon yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terdapat desas desus mengatakan majlis penyerahan watikah calon GPS terpaksa diawalkan berikutan pada 4 Disember, Abang Johari akan menghadiri Majlis Perasmian Lapangan Terbang Mukah yang turut menyaksikan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Semalam ketika merasmikan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Lundu, Abang Johari turut memaklumkan pengumuman calon penuh GPS akan diadakan sehari lebih awal.

GPS bakal turun bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN Ke-12 Sarawak yang akan berlangsung pada 18 Disember ini .

Pada PRN Ke-11 lalu, gabungan empat parti tempatan itu menang 72 daripada 82 kerusi dan kali ini PBB dijangka akan kekal bertanding di 47 kerusi.

Baki 35 kerusi pula akan diisi calon – calon daripada SUPP, PRS dan PDP. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan