Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Senaman berasaskan tarian masih relevan di Kapit

BySteward Dawi

KAPIT, 1 Dis : Senamrobik masih lagi menjadi pilihan masyarakat di Kapit untuk beriadah tanpa mengira jantina dan peringkat umur.

Menurut Jacqueline Anna, aktiviti senamrobik bukan sahaja boleh menyihatkan tubuh badan tetapi membantu mengurangkan tekanan pada seseorang itu.

“Kebanyakan mereka yang menjadi peserta adalah golongan pekerja dan pelajar yang sebelum ini sibuk bekerja dan belajar.

“Ini merupakan salah satu cara untuk mereka menangani tekanan dan mencari ketenangan diri setelah lama berhadapan dengan bebanan kerja dan tugasan sekolah,” katanya.

Selain itu, kata Jacqueline, program bersenam sambil menari ini dapat mengeratkan silaturahim antara peserta, seterusnya memberi semangat baharu kepada mereka untuk melakukan tugasan harian.

Bagi Vignes Subramaniam pula, program atau aktiviti seperti senamrobik ini harus diadakan lebih kerap tanpa mengira lapisan masyarakat supaya mereka dapat membina budaya sihat.

“Bersenam tidak semestinya berlari atau melakukan aktviti ekstrem. Bersenam sambil menari juga dapat mengeluarkan peluh dan menggerakkan seluruh anggota badan.

“Aktiviti seperti ini juga sangat diminati orang ramai, tidak kira mereka yang muda ataupun tua, kerana ianya lebih menyeronokkan apabila dilakukan secara berkumpulan,” jelas Vignes lagi.

Sementara itu, Setiausaha Petubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Baleh, Favian Masing, berkata Program Senamrobik Sukan SABERKAS 2021 bersempena dengan Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) 2021 mendapat sambutan yang menggalakkan pada kali ini.

“Seramai 100 orang peserta mengambil bahagian dalam program senamrobik ini.

“Kita tidak dapat menerima lebih daripada jumlah ini kerana kita masih berhadapan dengan pandemik COVID-19, dan perlu mamatuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.

Menurut Flavian, setiap cawangan SABERKAS di seluruh Sarawak telah diberi peruntukan oleh SABERKAS Induk untuk mengadakan aktiviti sukan yang melibatkan semua lapisan masyarakat.

“Di Kapit, SABERKAS Cawangan Baleh telah mengadakan program senamrobik bagi warga Kapit sebagai salah satu aktiviti kecergasan.

“Setakat ini, penduduk Kapit memberikan sambutan yang baik dan kita akan menganjurkan aktiviti seperti ini pada masa akan datang, dan ini boleh menjadi salah satu tarikan di kawasan Kapit,” tambahnya. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan