Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
LUNDU, 1 Dis -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) ketika melawat Pusat Akuakultur Pintar Centexs selepas merasmikan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak Centexs Lundu hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perasmian CENTEXS Lundu realisasikan impian Tok Nan

ByFebbright James

LUNDU, 1 Dis: Perasmian Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di sini telah menjadikan impian bekas Ketua Menteri , Allahyarham Pehin Sri Dr Adenan Satem menjadi kenyataan.

Mendedahkan perkara itu, isterinya yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata, pembinaan CENTEXS ini merupakan impian Allahyarham dan beliau terharu dengan kejayaan ini walaupun suaminya tidak berkesempatan untuk melihat sendiri.

“Ini merupakan antara impian suami saya, mahu lihat ada kampus CENTREXS di sini. Satu lagi, Allahyarham juga mahu memandu kereta dari Sematan ke Teluk Melano,” katanya.

Jamilah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian CENTEXS Lundu yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Jamilah yang menyambung ‘tugas’ sebagai wakil rakyat di DUN berkenaan bagaimanapun tetap bersyukur kerana usaha merealisasikan perancangan berkenaan diteruskan oleh kerajaan negeri sekaligus memanfaatkan golongan belia di kawasan sekitart.

” Ini akan mewujud kesinambungan pembangunan di kawasan ini,” katanya.

Kampus CENTEXS Lundu merupakan yang kedua terbesar selepas kampus induk di Santubong dan sebagai mengenang jasa bekas Ketua Menteri yang meninggal pada 2017 itu, pihak pengurusan mewujudkan Galeri Tok Nan di sini.

CENTEXS Lundu berkeupayaan untuk menerima 800 pelatih dengan mempunyai kemudahan tujuh bilik kuliah dan 14 bengkel.

Ia turut yang dilengkapi kemudahan seperti asrama, dewan makan, bilik rekreasi , dewan serbaguna, bangunan pentadbiran dan pangsapuri kakitangan dengan kos pembinaannya adalah sebanyak RM89 juta.

CENTEXS Lundu menawarkan 17 program latihan dan ketika ini seramai 185 pelatih sedang menjalani latihan dalam pelbagai bidang antaranya teknologi fesyen, kulinari, terapi kecantikan tradisional, hospitaliti, teknologi dan teknologi realiti tertimbuh (AR). -TVS

Tags: #bm, centexs, lundu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan