Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MDEC

MDEC lantik Md Alwi sebagai pengerusi baharu

KUALA LUMPUR, 1 Dis : Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital Malaysia, mengumumkan pelantikan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad sebagai Pengerusi baharu, berkuat kuasa 1 Dis, 2021, bagi tempoh dua tahun.

MDEC berkata Md Alwi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Kelantan, sebelum ini telah memegang pelbagai jawatan penting dalam kerajaan, termasuk pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada menteri Belia dan Sukan dari 1990 hingga 1992 dan menteri Pembangunan Luar Bandar dari 1993 hingga 1999 1999, sebelum menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri dari 2007 hingga 2009.

“Sebagai antara tokoh penting dalam membasmi kemiskinan, beliau telah memainkan peranan sebagai Pengerusi Yayasan Kemiskinan Kelantan sejak 1993,” kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.

Md Alwi juga pernah memegang pelbagai jawatan dalam sektor korporat termasuk sebagai Pengerusi Silver Ridge Bhd dari 2004 hingga 2008, Syarikat Permodalan Risda Bhd dari 2006 hingga 2016 dan Lembaga Kemajuan Pertanian KEMUBU (KADA) dari 2014 hingga 2018.

Beliau ketika ini adalah Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sejak 2020.

Berpengalaman sebagai juruukur tanah berlesen profesional, Md Alwi juga merupakan Prinsipal Firma Perundingan AA Geomatics and Survey dan Felo Institut Juruukur Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan