Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

GPS tampilkan anak Tok Nan di Tanjung Datu ?

ByFebbright James

LUNDU, 1 Dis : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan yang amat jelas bahawa Azizul Annuar Adenan akan diturunkan sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Azizul Annuar yang juga anak kepada bekas Ketua Menteri,  Allahyarham Pehin Sri Dr Adenan Satem semakin hampir untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu bagi menggantikan ibunya, Datuk Amar Jamilah Anu.

Ujar Abang Johari, GPS mahu menampilkan calon anak muda di kawasan berkenaan dan Azizul Annuar dilihat memenuhi kriteria berkenaan.

” Berikutan pengunduran Jamilah pada PRN Ke-12 Sarawak ini, jadi mungkin anak beliau (Azizul Annuar) akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan CENTRE OF TECHNICAL EXCELLENCE (CENTEXS) di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Abang Johari berkata, pemilihan Azizul Annuar juga selari dengan budaya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan GPS untuk sentiasa melatih orang muda menjadi pemimpin negeri.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tanjung Datu 2017, Jamilah mempertahankan kerusi berkenaan dengan meraih 6,573 undi sekaligus menewaskan Rapelson Richard Hamit (PBDS Baru) dan Johnny Bob Aput (STAR) dengan manjoriti 6,443 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan