Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
lemas sri aman
lemas sri aman

Dua kanak – kanak ditemukan lemas di kolam tadahan air di Mersing

ByBernama

MERSING, 1 Dis : Dua kanak-kanak ditemukan lemas di sebuah bekas lombong di Kampung Sisik, Tanjung Resang di sini, petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Wilton Callos, 4, dan rakannya Meredith Micaela, 10. 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau , Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Alias Hussin berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.16 petang sebelum lapan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata pihaknya bertindak melakukan pencarian dua kanak-kanak itu di permukaan lombong sebelum kedua-duanya dijumpai oleh bapa kepada salah seorang mangsa pada jarak kira-kira empat kaki dari tebing terbabit.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya diberikan bantuan kecemasan jantung dan pernafasan (CPR) namun tiada tindak balas,” katanya dalam kenyataan di sini, lewat malam tadi. 

Mohd. Alias berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) milik anggota tentera dan operasi ditamatkan pada 7.28 malam. -TVS

Tags: bomba, JDT, lemas

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan