Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
LUNDU, 1 Dis -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kiri) merasmikan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak Centexs Lundu hari ini. Turut hadir, penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu (kanan) dan anaknya, Azizul Annuar Satem (dua, kanan). -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

CENTEXS pacu Lundu ke arah destinasi pelaburan pelancongan

ByFebbright James

LUNDU, 1 DIS : Potensi besar yang dimiliki Sarawak untuk muncul sebagai ‘kuasa ekonomi’ utama negara terus dipacu oleh kerajaan negeri menerusi kepelbagaian rangka tindakan.

Terbaharu, Kerajaan Sarawak menyasarkan untuk menjadikan Lundu sebagai Zon Pelaburan Pelancongan dengan membuat pelaburan terhadap modal insan yang terdiri daripada anak muda tempatan.

Berucap pada Majlis Perasmian CENTEXS Lundu hari ini, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dalam usaha merealisasikan perancangan berkenaan, penubuhan CENTEXS Lundu merupakan satu pencapaian bagi kerajaan negeri kerana mampu membina institusi latihan teknikal, digital dan warisan kepada penduduk kawasan ini.

” Bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Lundu – Sematan sebagai destinasi Zon Pelaburan Pelancongan, kerjasama yang padu dan holistik amat mustahak untuk memastikan faedahnya dapat dinikmati rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu dan Pengerusi CENTEXS, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Pada majlis berkenaan, turut dimeterai ialah lima memorandum persefahaman (MoU) membabitkan CENTEXS dengan rakan strategiknya iaitu Sarawak Convention Bureau (SCB),Huawei, Keysight Technologies, Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Bosch Rexroth.

LUNDU, 1 Dis — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua, kanan) merasmikan Hospitality and Tourism Academy di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak Centexs Lundu hari ini. — fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah melancarkan Sttategi Pasca COVID untuk pemulihan ekonomi negeri dan sektor pelancongan di Lundu antara yang boleh dimanfaatkan.

” Melalui bidang ini, Lundu akan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan dan kewujudan CENTEXS akan mengukuhkan peranan dengan melatih bakat – bakat tempatan supaya bersedia menjadi tenaga kerja bidang ini,” katanya.

CENTEXS Lundu berkemampuan untuk menerima 800 pelatih, mempunyai tujuh bilik kuliah dan 14 bengkel yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti asrama, dewan makan, bilik rekreasi dewan serbaguna, bangunan pentadbiran dan pangsapuri kakitangan dengan keseluruhan kos pembinaannya adalah sebanyak RM89 juta.

Ia akan menawarkan 17 program latihan dan ketika ini seramai 185 pelatih sedang menjalani latihan dalam pelbagai bidang antaranya teknologi fesyen, kulinari, terapi kecantikan tradisional, hospitaliti, teknologi dan teknologi realiti tertimbuh (AR).

Abang Johari berkata, penubuhan CENTEXS di sini juga memenuhi impian bekas Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Dr Adenan Satem yang ingin melihat anak muda di Lundu diberi latihan yang sesuai dengan keperluan semasa terutamanya membabitkan bidang teknologi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan