KUCHING, 1 Dis : Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak Nadiah Salim menyusun kit peralatan mengundi untuk diagihkan ke pusat mengundi di seluruh negeri Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak hari ini.
Sebanyak 1,866 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 tempat mengundi/saluran dan 85 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 111 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan di mana seramai 46,565 orang petugas SPR akan dilantik bagi mengendalikan proses PRN itu.
Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 buah dengan 3,666 tempat mengundi/saluran.
Sejumlah 1,252,014 orang pengundi di Sarawak layak mengundi dalam PRN ini dan mereka terdiri daripada 1,228,858 pengundi biasa, 12,585 anggota tentera dan pasangan; 10,458 anggota polis serta pasangan dan 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara. -TVS