Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Spaoh bakal miliki lapangan terbang, pacu sektor pertanian

ByIsma Haziq

SPAOH , 30 Nov : Pekan ini bakal memiliki lapangan terbang dalam tempoh dua tahun berikutan pelancaran projek pembinaan Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport).

Perkembangan ini menyusul selepas Kerajaan Sarawak mengenal pasti Bukit Sadok sebagai kawasan yang berpotensi untuk menjadi Pusat Agropolitan di wilayah ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadualkan merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan STOLport sebentar lagi.

Penduduk Spaoh khususnya di Betong bergantung kepada sektor pertanian sebagai kegiatan ekonomi mereka dan pelancaran STOLport ini bersama pakej Terminal Makanan Agro Spaoh dijangka akan terus memacu kegiatan ekonomi di kawasan ini.

Projek ini dijangka menelan kos sebanyak RM108,161,809.16 dan telah mula dibina pada 18 Mac lepas.

Difahamkan, pembinaan dijangka siap pada 17 September 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan