Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Projek Perparitan Jalan Masjid bantu atasi banjir kilat

ByMadeline Dugat

KUCHING, 30 Nov : Projek perparitan baharu dari Jalan Masjid menyusuri Lebuh Java hingga ke Sungai Sarawak dijangka siap pada April 2022.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, projek sepanjang 515 meter itu akan dapat mengatasi masalah banjir kilat di kawasan Padang Merdeka dan sekitarnya.

Menurut Dr. Abdul Rahman, projek ini mula dilaksanakan sejak Januari 2018 dan sepatutnya disiapkan pada 12 Januari 2019, namun kontraktor terdahulu gagal menyempurnakan tugas.

” Lanjutan daripada pandemik COVID-19 , kerja – kerja pembinaan projek ini terus tergendala,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek berkenaan di sini hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara DBKU) , percaya kontraktor ‘penyelamat’ yang dilantik oleh DBKU akan dapat menyiapkan projek ini.

“Antara masalah yang dihadapi oleh kontraktor untuk menyelesaikan projek ini ialah berkaitan utiliti seperti paip air lama, kabel elektrik dan kabel telekomunikasi yang ada disini,” katanya.

Tambah Dr. Abdul Rahman, projek ini terbahagi kepada tiga fasa yang mana fasa pertama dan kedua telah siap dan kini berbaki lapan peratus kerja – kerja pembinaan projek ini untuk disiapkan. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan