Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lionel Messi rangkul anugerah Ballon d’Or 2021 kali ke-7

PARIS, 30 Nov : Bekas penyerang lagenda Barcelona dan pemain kebangsaan Argentina, Lionel Messi, diumumkan sebagai pemenang Anugerah Ballon d’Or Lelaki 2021 buat kali ke-7.

Beliau menewaskan calon utama Cristiano Ronaldo, Robert Lewandowski, Jorginho dan Karim Benzema untuk merebut kejuaraan anugerah berprestij Perancis tersebut.

Kemenangan ke-7 bagi pemain PSG ini adalah berikutan kejayaan beliau mengemudi skuad Argentina mencapai kemenangan Piala Copa Amerika 2020 dimana pasukan bimbingan beliau menumpaskan Brazil 1-0.

Ini merupakan trofi utama sulung buat Messi bagi pasukan kebangsaan dan kejuaraan benua pertama buat negara itu sejak 1993.

Beliau turut mencatatkan rekod peribadi dengan menyumbangkan 41 gol dan 17 gol bantuan sepanjang tahun 2021 selain membawa kejuaraan bekas kelab beliau Barcelona menjulang Copa del Rey (Piala Raja Sepanyol).

“Saya tidak tahu berapa tahun lagi masa yang masih ada, tetapi saya masih berharap peluang masih ada lagi kerana saya sangat berseronok kejayaan kali ini” ujar Messi.

Beliau turut memuji seteru utamanya, Robert Lewandowski, yang menjadi calon utama pada tahun 2020 namun terpaksa dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.

“Anda layak mendapat Ballon d’Or. Tahun lepas, semua orang bersetuju bahawa anda adalah pemenang yang layak waktu itu.” tambah Messi memuji persembahan Lewandowski pada tahun lalu.

Pemain berusia 34 tahun kini merangkul anugerah Ballon d’Or pada edisi 2009, 2010, 2011, 2012, 2015, 2019 dan 2021. Ini bermakna beliau telah menjulang anugerah pemain terbaik bola sepak dunia lebih banyak berbanding pemain lelaki lain.

Anugerah Ballon d’Or ditubuhkan pada 1956 oleh majalah France Football yang dianggap sebagai penghormatan individu tertinggi dalam arena bola sepak dunia. Empat trofi utama dianugerahkan mengikut kategori seperti Ballon d’Or lelaki dan wanita, Trofi Kopa (Pemain Muda) dan Trofi Yashin (Penjaga Gol).

Berikut merupakan sepuluh terbaik calon Ballon d’Or Lelaki edisi 2021:

  1. Lionel Messi (Argentina/Barcelona)
  2. Robert Lewandowski (Poland/Bayern Munich)
  3. Jorginho (Itali/Chelsea)
  4. Karim Benzema (France/Real Madrid)
  5. N’Golo Kante (France/Chelsea)
  6. Cristiano Ronaldo (Portugal/Juventus – Manchester United)
  7. Mohamed Salah (Egypt/Liverpool)
  8. Kevin De Bruyne (Belgium/Manchester City)
  9. Kylian Mbappe (France/Paris SG)
  10. Gianluigi Donnarumma (Itali/AC Milan – Paris SG)

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan