Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bangunan lot kedai terbakar

ByAhmad Burhanuddin

BINTULU, 30 Nov : Tiga buah lot kedai di Chicwan, Medan Jaya yang dijadikan rumah sewa di sini musnah dalam kebakaran kira – kira pukul 1 petang tadi.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Christus Buson berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.25 petang tadi.

“Seramai 21 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran daripada merebak ke premis berhampiran,” katanya kepada media di sini hari ini,

Ujar beliau, tiada kemalangan jiwa dalam kebakaran berkenaan namun kesemua lot kedai berkenaan terbakar 100 peratus.

” Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 30 minit ,” katanya.

Menurut Christus, operasi di tempat kejadian tamat sepenuhnya pada pukul 4 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan