Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar Fail.

Kenaikan harga sayuran import dan tempatan di Sarawak hanya sementara – KPDNHEP

SIBU, 28 Nov : Kenaikan harga sayur – sayuran import dan tempatan sebanyak 10 hingga 20 peratus di Sarawak ketika ini hanya bersifat sementara.

Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak, Datuk Stanley Tan berkata, situasi tersebut dijangka akan pulih menjelang penghujung Disember selepas cuaca bertambah baik.

Katanya, sayur- sayuran import yang mengalami kenaikan harga termasuk kobis bulat (China), kobis Beijing dan brokoli.

 â€œMenurut pengeluar dan pengimport, faktor utama kenaikan harga adalah disebabkan oleh cuaca sejuk di China ketika ini yang menjejaskan tanaman sayur – sayuran terutamanya yang berdaun,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Selain itu, katanya, peningkatan kadar pertukaran 1USD dolar berbanding Ringgit Malaysia  juga menjadi faktor kenaikan harga sayur-sayuran.

“Pihak pemborong dan pengimport juga telah memaklumkan bahawa peningkatan kos penghantaran dan pembukaan ekonomi baharu selepas pandemik merupakan faktor lain yang menyumbang kepada kenaikan harga sayuran import,”katanya.

Bagi sayur tempatan pula, Stanley memberitahu, tiada masalah membabitkan bekalan namun berlaku kenaikan harga sekitar 10 hingga 20 peratus bagi sawi, kacang buncis, kacang panjang dan cili.

“Kenaikan harga sayur tempatan adalah disebabkan musim tengkujuh sekarang,” ujar beliau.

Sehubungan itu katanya, notis untuk mendapatkan maklumat berkaitan kos dan harga di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah diserahkan kepada pemborong, pengimport dan peruncit terbabit.

” KPDNHEP Sarawak kini masih menunggu maklum balas tersebut,” katanya.

Pada masa sama ujarnya, Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Sarawak akan terus melakukan pemeriksaan bagi memastikan harga sayur di pasaran masih relevan dan peniaga tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan