Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ngarapka langgur meri pelajar pechuma ngagai anak Sarawak ulih dipejalaika sebedau 2030. Gambar rampa dalam UNIMAS.

Varian baharu COVID-19: Makmal UNIMAS, CRC Sibu akan terus pantau

KUCHING, 28 Nov : Makmal Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu akan terus menjalankan analisis genom virus COVID-19 sebagai langkah pengesanan awal varian baharu B.1.1.529 di Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat hari ini, tiada virus varian baharu itu dikesan di negeri tersebut.

“JPBN juga menyokong peningkatan langkah-langkah pencegahan dan kawalan sempadan bagi pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi seperti dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Rakyat tidak perlu risau atau panik dengan pemakluman varian baharu ini kerana langkah pencegahan jangkitan COVID-19 termasuk varian baharu itu tetap sama iaitu pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, penjagaan kebersihan diri serta vaksinasi dos penggalak,” menurut kenyataan itu.

Sarawak hari ini merekodkan 137 kes baharu COVID-19 dan dua kematian. 

JPBN memaklumkan purata kes harian baharu yang dilaporkan di negeri itu bagi November (setakat hari ini) ialah 345 kes, menyaksikan penurunan berbanding Oktober dengan 1,013 kes.

Bilangan kematian disebabkan COVID-19 bagi bulan ini juga menurun kepada 181 kes berbanding 497 pada bulan lepas.

“Kadar kebolehjangkitan COVID-19 Sarawak semalam ialah 0.78, yang merupakan kadar paling rendah berbanding negeri lain,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan