Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SRS Automobile, Syarikat Bumiputera pertama dalam bidang kenderaan elektrik

KUCHING, 28 Nov : Industri kenderaan elektrik (EV) di negeri ini berpotensi untuk terus berkembang berdasarkan sudah wujud syarikat Sarawak yang berjaya dalam sektor berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau berbangga dengan kejayaan SRS Automobile Sdn. Bhd. iaitu syarikat bumiputera pertama di negeri ini yang berjaya meneroka bidang kenderaan elektrik di Sarawak.

Katanya, prestasi syarikat berkenaan membuktikan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga mampu mempromosikan penggunaan Teknologi Hijau Moden yang diakui dapat mengurangkan pengeluaran karbon.

“Ia sememangnya satu langkah berani oleh pengimport kereta bumiputera untuk menceburi pasaran EV baharu.

“Kita perlu mempunyai paradigma anjakan yang serius berhubung komitmen untuk mengurangkan pelepasan karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Rapid Fast Charger Untuk IV anjuran syarikat berkenaan di Jalan P.Ramlee di sini semalam.

Ucapan Ketua Menteri dibacakan oleh Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri Terminal dan Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd. Naroden Majais.

Ketua Menteri berkata , usahawan di Sarawak perlu merebut peluang untuk menceburi industi EV memandangkan Kerajaan Persekutuan melalui Bajet 2022 telah memberikan pengecualian penuh duti eksais dan cukai jalan bagi jenis kenderaan elektrik dipasang dalam negara (CKD) mulai 1 Januari 2022.

Sementara itu, tambah Abang Johari, visi kerajaan negeri jelas dinyatakan dalam Strategi Pembangunan 2030 Pasca Covid-19 yang diyakini dapat memacu Sarawak menjadi negeri maju berpandukan data dan inovasi.

“Matlamat kita adalah menggandakan Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) Sarawak serta meningkatkan tiga kali ganda pendapatan isirumah pada penghujung dekad ini dan pada masa yang sama mengintegrasikan kelestarian alam sekitar merentasi semua inisiatif pembangunan,” ujarnya.

Ujar beliau, aspirasi kerajaan negeri yang ditadbir Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah memastikan setiap rakyat Sarawak menikmati hasil pembangunan yang adil tanpa mengira status mereka.

Beliau juga memberitahu, GPS mempunyai rancangan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera demi memastikan kemampanan dan kesaksamaan antara kaum selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030). – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan