Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 23 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) hadir pada Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam ini. Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (kiri) dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kanan). --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA KUCHING, Oct 23 -- Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (center) attends the Malaysian Family Launch Ceremony at Borneo Convention Centre Kuching tonight. Also present Sarawak Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (left) and Communications and Multimedia Minister Tan Sri Annuar Musa (right). --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

KKMM akan bincang dengan kerajaan Sarawak berkenaan kempen PRN menerusi media rasmi kerajaan

SARIKEI, 28 Nov : Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Sarawak bagi mendapatkan input sama ada wujud keperluan untuk calon Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 negeri itu berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata buat masa ini pihaknya sudah mengguna pakai konsep berkenaan dalam PRN Melaka lepas dan sedang dalam proses post mortem.

“Sarawak unik dan berbeza dari Melaka, jadi kita akan rujuk kerajaan negeri, tengok apa yang sesuai apa patut, yang penting apa diperlukan untuk memberikan pendedahan kepada calon-calon (PRN Sarawak). 

 “Secara konsep boleh dilaksanakan, tapi saya perlu berbincang dengan kerajaan negeri,” katanya selepas merasmikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Kampung Selalang, di sini hari ini.

Sebelum ini Annuar berkata parti-parti kerajaan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi PRN Melaka dengan memberi ruang sama rata kepada semua parti termasuk parti lawan dalam kempen, dan kerajaan juga membenarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan poster serta biodata calon yang bertanding pada PRN Melaka lepas. 

SPR menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh pengundian PRN Sarawak manakala hari penamaan pada 6 Disember. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan