Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kempen Prihatin , TVS bekerjasama AirAsia Dan Zer0Hunger

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 28 Nov : Sambutan Krismas tahun ini akan lebih bermakna buat 80 buah keluarga yang menerima sumbangan makanan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran TVS.

Dinamakan Kempen Prihatin, TVS bekerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah negara, AirAsia dan Zer0Hunger dalam menyantuni golongan memerlukan di sekitar negeri ini.

Pengurus Besar Komunikasi Pemasaran TVS, Amirin Arsyan berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Hope Place Kuching dan Society of Kuching Urban Poor (SKUP) yang diberi tanggungjawab untuk menyalurkan sumbangan kepada penduduk di Kampung Kudei dan sekitar bandar raya ini.

” Pada masa hadapan, TVS ingin meneruskan usaha murni ini dan kami berasa teruja bekerjasama dengan AirAsia dan Zer0hunger.

Di TVS, aktiviti seperti ini bukan hanya ketika musim perayaan malahan kita cuba melaksanakan sepanjang tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bekalan bantuan berkenaan petang semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Operasi Zer0hunger, Ahmad Farhan Ahmad Hilmi dan Ketua Perkongsian AirAsia Grocer, Haida Daut.

Sementara itu, Ahmad Farhan berkata, jumlah keseluruhan bantuan adalah sebanyak 300 bungkusan makanan dan barang runcit yang diagihkan di sekitar Kuching, Asajaya, Padawan dan Serian.

Menerusi kempen itu juga, sebanyak 40 bungkus barangan dapur disalurkan kepada Hope Place Kuching yang diwakili oleh Pengurus Operasinya, Heidi Law.

Pada masa yang sama, 40 bungkus barangan dapur juga disalurkan kepada Society of Kuching Urban Poor (SKUP) yang diwakili oleh Setiausahanya, Kolonel (B) Fabian Wong. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan