Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sabung ayam, warga emas 75 tahun ditahan

JULAU, 27 NOV: Seorang warga emas berusia 75 tahun antara tiga suspek ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan judi sabung ayam.

Menurut Ketua Polis Daerah Julau  Deputi Superintendan Andam Sulin, serbuan telah dijalankan di sebuah kebun di Nanga Sempang Ulu Entabai pada sekitar jam 3.30 petang semalam atas maklumat awam.

“Apabila polis tiba di tempat kejadian, beberapa orang lelaki telah lari bertempiaran tetapi tiga daripada mereka berjaya ditahan.

“Ketiga-tiga suspek berusia antara 59 hingga 75 tahun dan mereka disiasat di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Penganiayaan Binatang 1963,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya polis telah merampas dua ekor ayam sabung hidup, dua ekor ayam mati, sebuah alat penimbang sekeping papan bertulis, jadual pertaruhan dan dua bilah taji.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak menjalankan kegiatan judi sabung ayam kerana aktiviti tersebut bukan sahaja salah di sisi undang-undang tetapi juga boleh menyebabkan penularan wabak Covid-19 disebabkan aktiviti berkumpul.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan