Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Program Pengalaman Homestay Malaysia diharap dapat pulihkan industri pelancongan negara – Dato’ Sri Nancy Shukri

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 27 NOVEMBER : Dalam usaha menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membangunkan Program Pengalaman Homestay Malaysia dengan menawarkan produk dan perkhidmatan berasaskan komuniti.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Dato’ Sri Nancy Shukri, program tersebut memberi peluang pelancong merasai sendiri rutin hidup seharian masyarakat luar bandar, seperti memasak, menoreh, bertani, eko pelancongan dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti lain.

“Program yang dibangunkan ini berkonsepkan experiential program (program pengalaman).

“Program yang berkonsepkan ‘experiential ‘ (pengalaman) ini telah menarik minat lebih 3,397 peserta berdaftar dari seluruh negara yang melibatkan 333 buah kampung sejak ditubuhkan pada tahun 1995.

“Sehingga 31 Oktober tahun ini, program ini telah menjana pendapatan sebanyak RM 2.245 juta di seluruh negara, iaitu jauh lebih rendah bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 sebanyak RM24.69 juta,” kata Nancy.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Garis Panduan Program Pengalaman Homestay Malaysia dan platform jomehomestay.my di Pullman Hotel pada Sabtu.

Kata beliau, pada Oktober yang lalu, jumlah pendapatan yang dicatatkan adalah sebanyak RM 870,236 berbanding pada bulan September hanya sebanyak RM 484.056 sejak kebenaran rentas negeri dibenarkan.

“Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi jenama Program ini, MOTAC dengan kerjasama Pertubuhan Pengusaha Homestay Malaysia (PPHM), Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia (MKHA), penyelaras-penyelaras kluster Homestay serta pelbagai agensi kerajaan berkaitan telah melaksanakan beberapa siri libat urus, bagi menambahbaik garis panduan sedia ada,” katanya lagi.

Menurut beliau, penambahbaikan tersebut diharap dapat memberi nafas baru kepada program ini agar lebih inovatif, memberi nilai untuk wang (value for money).

“Pelancong kini mahu merasai sendiri pengalaman hidup masyarakat tempatan.

“Kita berharap seluruh Keluarga Malaysia tidak ketinggalan melancong di dalam negara serta merasai sendiri pengalaman inap desa yang ditawarkan.

Langkah ini sekali gus diharap dapat membantu proses pemulihan industri pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19,” jelas Dato’ Sri Nancy Shukri.

Sehingga kini, sebanyak 150 pakej ditawarkan melibatkan 60 kluster pengusaha inap desa dari seluruh negara dengan tawaran harga pakej serendah RM80 seorang.

Hanya pembelian melalui platform jomhomestay.my layak menikmati diskaun sebanyak 50 peratus dan tempoh sah laku pakej adalah sehingga 31 Disember 2022.

Pelancaran platform jomehomestay.my merupakan satu kempen promosi hasil kerjasama Tourism Malaysia dengan Persatuan Kampungstay dan MKHA.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan