Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

GPS perlu mandat berterusan, perjuangan hak Sarawak belum selesai- Awang Tengah

BAU, 27 Nov : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memperjuangkan hak-hak rakyat Sarawak berbekalkan hala tuju yang jelas.

Demikian kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dengan mengambil contoh kemampuan kerajaan negeri meningkatkan pendapatan negeri melalui cukai jualan ke atas produk-produk petroleum sehingga berjaya memperoleh pendapatan tambahan sebanyak RM7 bilion.

Kata beliau, Sarawak pernah diramal bakal bankrap dalam tempoh yang singkat oleh pihak tertentu namun berjaya menyangkal dakwaan tersebut dengan melipat-gandakan pendapatan dan hasil negeri untuk sama-sama dinikmati rakyat Sarawak.

“Ini membuktikan kerajaan negeri akan dapat terus memperjuangkan hak-hak negeri sekaligus menjamin kesejahteraan penduduknya dalam mencapai status negeri termaju menjelang 2030,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah bagi projek naiktaraf beberapa jalan di sini pada Sabtu.

Katanya lagi, Sarawak adalah satu-satunya negeri yang telah berjaya mencerminkan kualiti sebuah negeri yang stabil dari segi pentadbiran kerajaan dan politik.

“Kita tidak ada pilihan lain melainkan untuk terus bersatu di bawah GPS dan kita mahu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk terus memimpin dan membela hak-hak negeri kita.

“Di Sarawak, kita hidup berbilang agama dan kaum dan kesemua lapisan masyarakat tidak pernah dipinggirkan. Saya percaya ini adalah hasil daripada kerjasama setiap pemimpin dalam gabungan ini bagi memberi masa depan yang lebih baik kepada masyarakat.

“Saya berharap menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak kelak, masyarakat mampu mengenepikan segala perkara yang remeh temeh dan terus menyokong kerajaan,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan