Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiada tarikh tamat bagi Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan Pakatan Harapan, kata Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU itu Tan Sri Annuar Musa.

Anak-anak Sarawak penyumbang besar kepada politik negara – Annuar Musa

TANJUNG MANIS, 27 NOV: Sumbangan anak-anak Sarawak kepada politik nasional amat besar yang disalurkan melalui kebijaksanaan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau turut menyifatkan peranan GPS sebagai ‘besar nilainya di peringkat nasional’ kerana parti tersebut merupakan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan berikutan faktor kestabilannya yang memanfaatkan rakyat Sarawak.

“Faktor kestabilan GPS jugalah yang membolehkan rakyat Sarawak menikmati dan berada pada tahap yang ada sekarang.

“Ini kerana kematangan dan kebijaksaan yang ada pada parti pimpinan tersebut,” katanya ketika berucap pada Program Sepakat Komuniti di Terminal (Pangkalan), Tanjung Manis pada Sabtu.

Ujarnya lagi, hampir satu per tiga portfolio di kerajaan pusat dipimpin oleh anak-anak Sarawak dan pihaknya juga akan terus menyokong pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Annuar turut menafikan khabar angin bahawa Barisan Nasional akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

“Jangan reka cerita kerana BN memberi sokongan kepada GPS untuk terus memimpin di bawah pimpinan Ketua Menteri kita di sini,” tambahnya lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan