Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MTAC Sarawak sentiasa sokong aktiviti kebudayaan

ByIsma Haziq

KUCHING, 25 Nov: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MTAC) Sarawak sentiasa menyokong hasrat agensi dan jabatan berkaitan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya berkaitan dengan seni budaya.

Menurut Menteri Pelancongan Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Ketua Pengurusan Korporat di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Salmah Jobli, jumlah sebanyak RM45,000 telah diperuntukkan oleh MTAC untuk dimanfaatkan penggiat pelancongan dan seni budaya, selain sebagai sumbangan bakul makanan serta bayaran persembahan.

“Menerusi program ini juga, amalan nilai-nilai murni dan budi bahasa dapat disemarakkan untuk membentuk nilai budaya tinggi selari dengan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) seperti yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Sri Ismail Sabri Yaakub,” katanya.

Di samping itu, apresiasi tersebut dapat memberi semangat kepada para penggiat seni budaya untuk meningkatkan mutu persembahan hingga dapat menembusi pasaran global.

Untuk rekod, industri pelancongan telah merekodkan sumbangan sebanyak 15.9% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang bernilai RM240.2 bilion, seterusnya menyumbang kepada 23.6 peratus tenaga kerja.

Sementara itu, bagi penerima anugerah pencipta lagu, Meldrick Bob Udos, anugerah tersebut menyuntik semangat kepada kumpulannya, At Adau.

“Saya berasa sangat gembira, sangat bersyukur dan tak sangka akan diberi sijil penghargaan ini. Saya juga berterimakasih kepada JKKN (Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri) kerana memberi penghargaan ini kepada kami untuk melibatkan diri dalam projek ini. Kami sangat gembira,” ujar Meldrick. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan